Senin, 21 April 2008

BERCUTI DI KUCHING


Hello teman-teman, jumpa kembali. Seminggu lepas saya balik kampung. Al maklum di KL ni merantau meninggalkan anak cucu di Kuching demi rezeki selam, hari ini dan masa depan. Bila ada kesempatan, ada cuti dan rezeki lebih sedikit, kami berdua balik menjenguk mereka .

Minggu lepas, hasrat itu terlaksana. Sambil berjalan, berbual, kami sempat ambil beberapa gambar untuk tatapan kita.

Bandaraya Kuching terkenal dengan kucing, kerana dari haiwan ini juga Kuching mendapat nama. banyak versi sejarah Kuching. Salah satu daripadanya adalah penemui beberapa ekor kucing ketika pembukaan bandar itu.

Justeru kini terdapat beberapa replika yang ditempatkan di kawasan-kawasan strategik yang menjadi tumpuan pelancong.

Ini gambar replika Kucing yang menjadi mercu tanda bandaraya Kuching. Ia terletak di kawasan strategik, di bulatan dekat hotel-hotel lima bintang. Patung itu terletak di tengah-tengah bulatan, dan pada waktu malam dipasang lampu sorot dan air pancut. Cantik.

Yang ini terdapat di water front Kuching. Water front tu asalnya tebing Sungai Sarawak sebelah bandaraya. Di stu terdapat beberapa

pangkalan tempat Pak Tambang mengambil dan memunggah barang dan penumpang. Kini telah dibina taman indah dengan esplanade sepanjang 900-meter. Selain kawasan pejalan kaki berturap, ia juga disediakan dengan gerai-gerai cenderahati selain tempat-tempat bersejarah, restoren dan cafteria. Terdapat beberapa web dan blog merngenainya. Antaranya:
http://www.kuchingwaterfront.com/





















Di sini jugalah terdapat perahu tambang, sejenis pengangkutan bagi penduduk seberang berulang alih sama ada untuk membeli belah atau bekerja di bandaraya Kuching. Bagaimana dengan pembangunan jalan raya dan jembatan, perahu tambang ikini kekal sebagai salah satu tarikan pelancong. Tambangnya amat murah - tak sampai harga segelas milo ais. Naik dan nikmati keindahan duduk dalam perahu kecil yang masih dikayuh oleh pak tambang.


Pada musim-musim perayaan, perahu sebegini akan dihias dengan bendara dan gambar bewarna warni. Ada beberapa blog yang menceritakan tentang keindahan Kuching dan perahu tambangnya: http://chen22.blogspot.com/

Pemandangan perahu tambang dari Tebingan Kuching dan satu lagi dari seberang sungai yang menampakkan square tower di Badara Kuching.


Dalam percutian itu kami juga sempat ke Serikin. Bukan apa, selalunya orang tempatan tidak begitu ghairah ke sana tetapi tanya pengunjung dari luar Sarawak, rata-rata sudah ke Serikin. Sayapun ajak suami dan anak ke sana - dan apa yang kami dapat? Seorang 'cowboy' tersesat.

Percutian seminggu yang menyeronokkan. Kita dapat berkumpul beramai-ramai, makan, berbincang serta bersiaran. Ia selain menghilangkan rasa rindu kami terhadap anak-anak, ia juga kami jadikan masa bermesra dan berbincang. Almaklumlah anak-anak kami semua lelaki, kecuali seorang perempuan yang sudah berumah tangga.

Cuma kali ini tak sempat pergi jauh kerana ada urusan lain yang perlu kami lakukan. Bagaimanapun sebagai pengerat kasih sayang, ianya cukup berkesan.

2 komentar:

kchomestay mengatakan...

nang best kuching tok...byk lagi tempat menarik utk dilawati...utk kawan2 yang ingin melancong ke kuching kami ada sediakan perkhidmatan homestay dan kereta utk disewa.. :)

http://kuching-homestay.blogspot.com

khairol mengatakan...

minta izin copy entri....tq utk diletakkan dalam cutidikuching.com