Teman-teman kalian, minggu lepas dalam ruang ini saya kemukakan Kek Lapis Keju. Reez kata sukar, itu sebenarnya belum sukar lagi Reez, Kek Lapis Bercorak memerlukan usaha setingkat lagi iaitu memotong kek-kek lapis itu dan menyusunnya mengikut corak yang diperlukan. Ada banyak jenis dan corak kek demikian. Kita akan kemukakan dalam pertemuan akan datang.
Minggu ini sebagaimana saya janjikan, setiap Rabu kita kemukakan resipi sebagai koleksi menjelang perayaan. Tidak saja hari Raya tetapi juga untuk majlis-majlis - mungkin juga sebagai salah satu barang hantaran.
Kita buat biskut paling mudah.
BISKUT SWEET HONEY
Bahan-bahan:
2 kotak kecil cornflakes (diramas agar pecah)
500 gm kacang tanah ditumbuk
setengah bungkus bijan (digoreng hingga kuning)
7 sudu madu
250 gram mentega
2 gelas gula pasir
Paper cups yang kecil
Cara membuatnya:
Masakkan mentega hingga kuning, masukkan gula dan kacau hingga cair. Kemudian masukkan madu, kacau lagi. Lepas itu baru masukkan cornflakes, kacang dan bijan. Gaul hingga sebati.
Sudukan ke dalam papercups. Bakar sebentar kira-kria 10 minit. Lepas itu bolehlah dihidang.
Resipi ini antara yang paling mudah. Cuma mungkin perlu sedikit kreativiti. Sesuai untuk minum petang dan sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak. Ia mengandungi cukup zat daripada cornflakes, madu dan kacang serta mentega.
Selaat mencuba.
Minggu depan saya akan paparkan kek lapis bercorak, sebagaimana dinyatakan di atas. Kalau minggu ini kita sediakan resipi paling mudah, minggu depan sedikit rumit tetapi cantik dan berbaloi.
(Mary Hayati)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar