Assalamualaikum, selamat bertemu lagi.
Lama tak ke mari, namun hari ini ku gagahi diri untuk berkunjung.
Sebenarnya hari ini kami hadiri kursus MENTERNAK KELI, kerana khabarnya menternak keli boleh mendatangkan rezeki tambahan serta sedang mendapat permintaan tinggi.
Pembimbing dari Jabatan Pertanian dan pesertanya adalah kami yang berkobar-kobar semangat nak memulakan perusahaan.
Sepanjang siang tadi, ceramah cara memulakan perusahaan - cara nak kenal kaedah pemeliharaan: tangki simen atau plastik, atau kolam. Kami juga diberitahu langkah-langkah memulakan dan meneruskan perusahaan.
Memang teruja tetapi apakah semangat yang membakar itu akan terus membahang atau hilang kerana dalam apa juga usaha tentu ada pro dan cons.
Antara pro tentu saja ia akan menjadi salah satu aktiviti selepas bersara, tetapi masalah - apakah akan ada pembeli. Atau bagaimana dengan networking yang akan diwujudkan kerana ini merupakan antara langkah awal menceburi bidang perusahaan dan peniagaan.
Sekarang bekerja dengan kerajaan, cukup bulan dapat gaji - menternak belum tentu. Bekerja sendiri [mungkin boleh jadi tokey] tetapi disiplin kena kuat.
Kena patuh jadual dan perancangan: kalau tidak mungkin lebih banyak masalah daripada penyelesaian.
Kami tengah cari mereka yang berpengalaman menangani hal-hal berkaitan penternakan ikan keli.
Kursus dan bimbingan Jabatan Pertanian memang ada - tetapi sebagai pengusaha tentu masalah yang dihadapi berbeza. Kalau ada sesiapa yang boleh berkongsi pengalaman........ Terima kasih.
Selasa, 03 November 2009
Jumat, 03 Juli 2009
Assalamualaikum. Hari berlari, minggu bertemu minggu hingga kini kita sudah berada pada bulan Julai - bulan ke 7 2009.
Implikasinya - usia kita bertambah, pengalaman semakin banyak, teman-teman berganda angka - mungkin bilangan keluarga juga bertambah - syukur.
Kali ini saya nak syer pengalaman semasa ke Sarikei baru-baru ini. Walaupun tidak banyak perubahan fizikal di kawasan itu, namun ia tetap kawasan yang indah.

Sarikei terkenal dengan Nenas sebab itu mercu tandanya - buah nenas Sarikei. Ia pusat pentadbiran bahagian berkenaan. Perhubungan dengan kawasan sekitar adalah jalan-raya dan sungai. Perkhidmatan bot ekspress masih popular walaupun penumpangnya agak berkurangan.

Kunjungan ke Sarikei mengembalikan nostalgia: Buah nanas yang menjadi mercu tanda semakin ramun, bot-bot ekspress masih setia menunggu penumpang yang kian berkurangan.
Selain terkenal dengan nenas, Sarikei memang dikagumi kerana sesar unjur atau udang kering [gambar sebelah] yang didatangkan dari Belawai. Ketekunan mengupas udang, kemudian menyusunkan di atas 'radai' pemanggang, memerlukan kesabaran. Semuanya dilakukan secara manual dan udang hendaklah yang masih segar - sebab itu rasanya manis dan harganya pun boleh tahan.
Memang 'alah membeli memang memakai.' Walaupun harganya mahal namun berbaloi.
Dalam kembara itu kami temui buah seakan kedondong. Mulanya disangka kedondong muda atyau yang masih kecil atau jenis kecil. Bagaimanapun bila ditanya, penjual tu kata 'buah laici'. Hairan juga kerana biasanya buah laici - tidak seperti itu. Bila dikupas, memang isinya macam laici.

Pabila balik ke Kuching, khabarnya buah tu dikenali di kawasan Kuching sebagai 'buah kristal'. Yalah, apapun, isinya boleh dimakan dan sedap.
Mungkin itu juga kemajuan dan pembangunan. Yang dulu tak ada, sekarang dah ada. Cuma jangan sampai, dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Sedikit rakaman perjalanan yang boleh dikongsi bersama.

Label:
BOT EKSPRES,
NENAS,
SARIKEI
Jumat, 19 Juni 2009
Selamat bertemu kembali ..... Esok ada bengkel lagi ....
Alhamdullillah berkesempatan bertemu lagi.
Semingguan sibuk dengan tugas - maklumlah bermacam perayaan - Gawainya, kedatangan pembesar negara - semuanya mengundang komitmen. Alhamdullillah bila selesai, adalah sedikit waktu untuk santai.
Dalam kembara beberapa hari ke Sibu, banyak perubahan yang dilihat. Sibu kami tinggalkan 5 tahun lalu setelah berkhidmat lebih 4-tahun di sana.
Bila kembali ke sana, memang banyak perubahan. Bangunan semakin banyak yang baru - sudah banyak supermarket, malah Hospital Law King Howe di Sibu, tinggal tapak saja lagi.
Malah dulu, di kawasan pintu gerbang SIBU, hanya ada tugu, tetapi sekarang sudah ada ANGSA BESAR menunggu dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Di sekelilinyg pula terdapat patung 12-haiwan yang menjadi lambang 12 tahun dalam kalendar cina. Cuma tak semua 12 saya ambil - kalau nak tengok, kena pergi ke Sibu.
Oh ya, bagi anda di sekitar Kuching, jangan lupa esok dijemput ramai-ramai kita ke DBP kerana ada bimbingan penulisan Biografi, projek bersama Biro Pendidikan Majlis Islam Sarawak.
Beberapa penulis yang berjaya akan memberikan bimbingan. Turut hadir Datuk hajah Sarbanun Marikan. Kita berharap untuk mendengar cerita daripadanya. Datanglah.
Label:
Angsa SIBU,
Datuk hajah Sarbanun
Senin, 01 Juni 2009
SALAM & SELAMAT BERTEMU LAGI
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Maaf kerana lama tak bertandang kerana kesibukan kerja.
Sekarang saya berusaha untuk kembali ke sini sama-sama berbincang dan berbual.
Setelah sekian lama menunaikan tanggungjawab melengkapkan tempoh bekerja 58 tahun, tanpa disedari, tekanan darah saya tinggi.
Setelah sekian lama menunaikan tanggungjawab melengkapkan tempoh bekerja 58 tahun, tanpa disedari, tekanan darah saya tinggi.
Sejak hari tu, saya buat pemeriksaan berulang kali dengan harapan pemeriksaan itu salah dan tekanannya tidaklah setinggi yang dimaklumkan.
Dan, anehnya hampir setiap kali pemeriksaan, tekannya tidak tetap, sekejab tinggi, sekejab normal. Bagaimanapun syukur kerana hasil pemeriksaan darah normal semuanya.
Saya dinasihati agar jaga pemakanan, buat senaman dan kurangkan garam. Insyallah, boleh diusahakan.
Justeru saya ingin dapatkan panduan jenis-jenis herba yang boleh menurunkan tekanan darah. Saya dapat beberapa petua untuk diminun perahanya:
1. Perahan Kunyit hidup dan madu
2. Perahan daun pegaga
3. Perahan daun sirih
4. Perahan buah belimbing buluh
Saya pernah diberitahu mengenai pokok dukung anak, bagus untuk meredakan tekanan darah. Tetapi tak ingat bagaimana nak gunakan........ sesiapa yang ada maklumat.
Begitu juga sejenis rumput yang batangnya seakan bayam [gambar di bawah]. Kononnya diulam, bagi untuk menurunkan tekanan darah.
Sebenarnya banyak tumbuhan herba di sekeliling kita yang kita tidak sedar bahawa ia mengandungi khasiat perubatan.
Saya rujuk beberapa buku herba dan perubatan, banyak tumbuhan yang melata yang mempunyai khasiat tersendiri.
Pokok-pokok renek seakan rumput rupanya ada khasiat tersendiri, misalnya pokok dukung anak, pokok letup, lakum dan banyak lagi.
Dan terima kasih kerana banyak laman yang saya kunjungi memaparkan beberapa tumbuhan herba yang berguna untuk pelbagai penyakit. CUMAnya kita tidaklah dapat mencuba terus kerana ada tumbuhan yang tidak serasi atau boleh disatukan dengan tumbuhan lain, kerana tindakan kimianya. Kena tanya pakar, bagi boleh digunakan. Selain itu ada orang alah dengan tindakbalas kimia tertentu.
Saya dalam pencarian itu belum dapat cara menggungkan kedua herba di atas. Saya pernah suatu ketika berbual dan berbincang dengan beberapa kenalan di kantin rtm angkasapuri mengenainya. Tetapi masa tu di KL tak terfikir akan memanfaatkannya. Sekarang ni bila dapati banyak di keliling rumah, dan terkesan dengan tekanan darah tinggi, rasa ingin mencuba.
Justeru sesiapa yang ada maklumat, bolehlah kita berbincang dan bertukar idea.
Label:
Khasiat herba,
Tumbuhan herba
Selasa, 25 November 2008
SEPASANG ENGGANG DI BANDARAN
.jpg)
Salam sejahtera dan selamat bertemu lagi.
Beberapa minggu lalu, bagi menghabiskan cuti hujung minggu kami memandu keluar bandaraya Kuching. Kami ke Pedawan - tengok pembangunan dan kemajuan yang telah dan sedang berlaku. Aku kagum dengan pembangunan di beberapa kawasan yang dulunya semak samun, jauh dari hiruk pikuk kota raya.
10 tahun lalu, jalan itulah yang kulalui untuk ke Sibu, bila kami berpindah tugas ke sana. Setahun sekurang-kurangnya 10 berulang-alih dengan jalan raya yang bengkang bengkok, berlubang-lubang dan berbatu kelikir. Tetapi tempoh itu berlaku perubahan.
Ada bahagian diturap, ada bahagian dilebarkan dan ada bahagian distruktur semula. Kami lihat perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan itu.
5-tahun lepas kami berpindah ke KL. Jalan itu sudah tidak dilalui lagi, kerana tiada keperluan untuk menyusurinya. Dan minggu lepas rasa teringin menyusurinya kembali. Banyak sungguh perubahannya: bagaikan kanak-kanak yang ditinggalkan 7-8 tahun, berubah. Kalau anak perempuan, tentunya sudah anak dara, cantik dan ayu atau kalau anak lelaki semakin hansom.
Sepanjang jalan sudah ada deretan kedai-kedai baru. Sudah ada super market, sudah ada bangunan bertingkat-tingkat. Jalanrayapun sudah dilebarkan dan kenderaan semakin banyak.
Kami ke Pedawan, singgah ke beberapa kedai jual-murah. Sengaja nak tengok, mana tau ada sesuatu yang istimewa yang ditemui.
Tiba di bulatan menuju Puncak Borneo, mataku terpandang sepasang enggang yang bertenggek sambil merenung jauh.
.jpg)
Apakah enggang itu sesat hingga tak tahu jalan pulang, atau terpinga ia memandang perubahan Pekan Pedawan. Namun apa yang pasti ENGGANG itu lambang Sarawak yang pernah dikenali sebagai Bumi Kenyalang .
Minggu, 09 November 2008
Selamat bertemu kembali
SALAM BUAT TEMAN-TEMAN

Assalamualaikum, selamat bertemu kembali. Maaf kerana hanya singgah sekali sekala. Bukan kerana terlupa tetapi beban kerja.
Jumaat lalu kami sibuk kerana anak buah bertunang. Buat lipatan dan susun sirih junjung. Walaupun bukanlah mahir sangat tetapi dengan bantuan anak, anak buah dan adik ipar, akhirnya dapat juga dihasilkan beberapa lipatan.
Kami nak paparkan hasilnya, mana tau ada peminat - mungkin boleh tempah.
Sebenarnya saya amat meminati seni halus - sulaman, jahitan, lipatan dan gubahan. Cuma sering kali masa amat terhad untuk saya layani minat itu.
Hasrat bila bersara, boleh saya gunakan waktu terluang untuk kembali bergiat dalam beberapa aktiviti yang digemari - kerja tangan, kembali ke persatuan wanita dan kebajikan. Bagaimanapun untuk sementara waktu - mungkin dalam masa dua tahun lagi - belumlah hasrat itu dapat dilaksanakan.
Saya akan cuba cari waktu, untuk kembali berpersatuan kerana hanya dengan cara itu saya dapat temui kembali peminat saya.
Saya pasti masih ramai kerana sesekali diperkenalkan, masih tampak wajah ceria mereka yang pernah mengenali.
Saya rindu untuk bertemu kalian, Insyallah panjang umur, dimurahkan rezeki, kita kan bertemu kembali.
Label:
hantaran pertunangan
Rabu, 22 Oktober 2008
Apa Khabar kalian?
Sudah sekian lama kita tidak bertemu di sini. Ini disebabkan kesibukan bekerja di arena baru - berita Tv. Dulu sejak menceburi diri dalam bidang penyiaran, saya bertugas di bahagian Rancangan: terbit majalah, rencana, drama, jadi DJ, baca berita dan sering juga muncul sebagai pengacara.
Bila ke Sibu pada tahun 1999, saya buat admin sebagai Ketua Bahagian Rancangan. Kawasan liputan dari Sibu, Kapit, Sarikei dan Mukah. Jadi selalulah berulang alik ke kawasan-kawasan berkenaan, selain berazam menamatkan pengajian Sarjana Muda Komunikasi dengan UPM menerusi pengajian jarak jauh On Line.
Banyak pengalaman manis dan sukar selama 4 tahun di Sibu. Manis kerana bertemu teman-teman baru yang banyak membantu saya dalam melaksanakan tugas. Sukar kerana belajar sambil bekerja dan tinggal jauh dari pusat pengajian. Tapi syukur kerana di Sibu hanya kami berempat: 2 On line dan 2 lagi konvensional. So kami berkongsi bahan pembelajaran dan hadir kuliah bersama-sama.
Kemudian pertengahan 2004, saya berpindah ke KL. Dari admin saya ditugaskan ke bahagian Berita Radio. Ok satu cabaran baru yang perlu ditempuhi. Lagipun teman-teman banyak membantu. Mereka bimbing dan kami banyak berbincang bagi menyelesaikan masalah harian.
Kemudian Ogos lepas, saya kembali ke Kuching - di tempatkan pula di Unit Berita TV. Kalau di KL saya di berita radio sebagai sub-editor, di Kuching jadi editor berita TV.
Saya rasa cabarannya cukup besar dan hebat. Namun kesukaran yang ditempuhi itu menyebabkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perkhidmatan dengan rtm.
Saya masih punyai 2-tahun perkhidmatan. Entah apa lagi yang akan berlaku. Kita sama-sama pasrah dan terima cabaran itu dengan tangan terbuka.
Laut : kalau tak bergelora masakan ada ombak, bakat dan gelombang;
Darat: Kalau tak ada bukit, lurah dan curam tentu tidak menarik dan menawan;
Langit: Kalau sentiasa cerah tentu tidak ada pelangi, tidak ada awam dan mega bewarna warni
Namun kelainan itu mengindahan suasana.
Justeru terimalah perubahan dan cabaran. Hadapi ia dan yakinilah bahawa setiap kesukaran itu ada cara menyelesaikannya.
Kepada yang sering berkunjung ke sini, mungkin selepas ini, saya akan selalu ke sini. Paling tidak mencatatkan pengalaman harian untuk kita kongsikan bersama-sama.

PENGALAMAN
Langgan:
Entri (Atom)