Saya ingin tahu daripada anda yang mungkin telah melalui pengalaman seperti kawan saya ni.
Dia sepatutnya bersara pada 25 Februari tahun ini, tetapi di dalam kad pengenalan tercatat tarikh dia membuat kad pengenalan berkenaan: 19 Januari 1952 dan dalam sijil kelahiran hanya tercatat tahun iaitu 1952.
Apa yang menjadi persoalan sekarang dia telahpun bercuti sejak 19 Januari kerana rekod perkhidmatan mencatatkan demikian. Awal Mac lalu baru dimaklumkan bahawa mengikut GO dia belum boleh bersara kerana kalau hanya tahun yang tercatatkan dalam sijil kelahiran maka tarikh persaraan pegawai itu ialah pada akhir tahun iaitu 31 Disember.
Dia beritahu bahawa dia sudah menandatangani surat menukarkan tarikh lahir dalam rekod perkhidmatan, namun masih belum mulai bertugas kerana mengikut pegawai itu, dia perlu menunggu surat arahan.
Bagi anda yang pernah melalui pengalaman ini, boleh tak kongsi maklumat apakah yang perlu dilakukan oleh pegawai ini, dan bagaimana tentang ganjaran - atau gaji sepanjang tempoh dia tidak bekerja. Saya kesian kerana dahlah graduiti tak keluar, pencen tak dapat, gajipun tak ada.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar