KEK LAPIS MOHABATEN
LAPISAN TENGAH:
Bahan-Bahan:
Bahan A:
25 biji kuning telur
4 biji putih telur
125 gram gula halus
125 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovalette
Bahan B:
300 gram mentega
4 sudu besar susu pekat manis
1 camca the serbuk rempah kuih
Warna merah, hijau, kuning, coklat
Cara membuatnya:
Pukul bahan A sampai ringan dan kembang. Ketepikan
Pukul bahan B hingga putih, kemudian satukan dengan adunan A, gaul hingga sebati.
Bahagikan adunan di atas kepada 2-bahagian:
1. Sebagian dibahagi 3- warnakan merah, hijau dan kuning
2. Bahagian kedua di bahagi 2- sebahagian diwarnakan coklat dan sebahagian lagi biarkan dengan warna asal.
Sediakan acuan berukuran 8.5” x 8.5” x 1”. Tuangkan selapis nipis adunan merah ke dalam acuan, ratakan dan bakar dengan api grill bersuhu 250ºC selama 3 minit.
Tuangkan pula adunan kuning di atas adunan merah (sama sukatan dengan adunan merah tadi) ratakan dan bakar selama 3 minit juga. Lepas itu masukkan warna hijau di atas warna kuning, bakar semula. Ulang proses itu sehingga menjadi 9-lapisan.
Dalam acuan lain, sukatan sama: 8.5” x 8.5” x 1” juga, masukkan adunan coklat (sama sukatannya dengan adunan merah/kuning/hijau), bakar dengan api grill bersuhu 250ºC selama 3 minit.
Lepas itu lapiskan dengan warna asal. Bakar selama 3 minit. Ulangi proses coklat/putih sebanyak 9 lapisan juga.
Lepas itu sejukkan ke dua kek. Setelah sejuk, potong kek itu sebagaimana rajah (potong macam piramid). Lapisan merah/kinung/hijau sebanyak 12 keping dan kek lapis coklat/warna asal juga 12 keping.
LAPISAN BAWAH DAN ATAS:
Bahan A:
25 biji kuning telur
4 biji putih telur
125 gram gula halus
125 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovalette
Bahan B:
300 gram mentega
4 sudu besar susu pekat manis
1 camca the serbuk rempah kuih
1 botol jem strawberi (untuk melapis kek)
Pukul bahan A hingga ringan dan kembang.
Pukul bahan B hingga putih dan satukan dengan adunan A, gaul hingga sebati.
Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian iaitu untuk lapisan sebelah bawah dan lapisan sebelah atas.
Sediakan acuan 8.5” x 8.5” x 4”. Tuangkan adunan lapisan bawah, selapis nipis (sama sukatan dengan adunan di atas). Bakar dengan api grill bersuhu 250ºC selama 3 minit.
Buat dalam 6 lapisan atau sehingga adunan itu habis.
CARA MELAPISNYA:
Sapukan jem di atas permukaan kek lapisan bawah. Susun kek lapisan tengah yang telah dipotong seperti piramid (rujuk rajah dan gambar) yang disapukan dengan jem strawberi. Susun begitu sampai habis dan pada setiap potongan hendaklah disapu jem bagi mencantumkannya.
Apabila selesai, tuangkan satu sukatan adunan untuk bahagian atas. Bakar dengan api grill bersuhu 250ºC selama 3 minit. Buat lagi sehingga 6 lapisan atau sehingga adunan itu habis.
Akhir sekali, kalau kek masih kelihatan basah, bakar lagi dalam betuhar bersuhu 180ºC selama 5 minit.
Sekian dan selamat mencuba.
Dipetik dari buku KEK LAPIS SARAWAK 1 oleh Rabiah Amit
Terbitan Utusan Publications & Distributors sdn bhd.
Kek lapis bercorak memang cerewet membuatnya tetapi kita akan merasa cukup puas hati melhiat hasilnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Panduan:
1. Sukatan adunan bagi setiap lapis lazimnya 1 senduk. Dan pastikan senduk dengan saiz yang sama digunakan bagi sukatan lapisan seterusnya. Ini bagi memastikan semua lapisan nampak seragam tebalnya.
2. Jem bagi melapis kek boleh ditukar kepada jem perasa lain. Tujuannya adalah untuk mencantum kek agar tidak pecah bila dipotong.
3. Masa membakar kek dan suhu ketuhar hendaklah dipatuhi kerana kalau terlalu lama atau terlalu panas, kek mudah terbakar dan kelihatan hitam serta rasanya pun pahit.
**********************************************************************Rabiah telah menghasilkan tiga buah buku tentang Kek Lapis Sarawak dan kini berada di pasaran. Rabiah adalah salah seorang pembuat kek lapis yang mahir di Sarawak dan aktif mengadakan demonstrasi membuat kek lapis di seluruh negara.
Selain itu ada beberapa nama lain dan kebanyakan mereka adalah ahli atau bekas ahli Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS). Keknya pun banyak di pasaran sekarang.
1 komentar:
sedapnya kek boleh mintak sikit
Posting Komentar