Senin, 25 Agustus 2008

SELAMAT HARI WANITA






Assalamualaikum. Siang malam silih berganti sehingga aku terlupa rupanya hari ini HARI WANITA MALAYSIA. Kepada kalian wanita, marilah sama kita kukuhkan iltizam demi kejayaan. Koleksi jambangan mawar untuk kita.


BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum selamat malam. Setelah 3-minggu menyepi, sekarang aku hadir lagi di sini. Hilang bukan sebarang hilang, hilang kerana menemui orang baru.

Sebenarnya sejak kembali ke tanah air, banyak perkara yang perlu dibereskan. Antaranya mengemas rumah, selain kerja. Lepas tu bila kontena datang, selongkar barang-barang, susun dan kemas.

Pada 16 Ogos, aku dikurniakan cucu baru - seorang puteri, seayu kedua kakaknya. Alhamdullillah semuanya selamat. Sibuk mengemas belum selesai, tiba pula orang baru - tambah sibuk neneknya. Namun segalanya adalah KURNIA dan ANUGERAH yang datang bergolek.


Wajah comelnya seorang puteri.

Senin, 04 Agustus 2008

SEJAUH MANA SELUANG MELAUT, ................



Assalamulaikum, alhamdullillah setelah sekian lama merantau akhirnya pada 30 Julai, 2008 kami kembali ke kampung halaman.

Kini kami berada di Kuching - untuk bersama-sama dengan anak dan cucu. Alhamdullillah. Tiada kata yang dapat menggambarkan suasana dan situasi itu.

Walaupun saya tidak menafikan bahawa berada di tempat baru, banyak pengalaman baru yang diperolah, banyak teman baru yang ditemui dan dikenali - namun hati kecil ini tetap rindukan gelak tawa dan manja anak-anak dan cucu.

10 tahun saya merantau, sejak 1999 ke Sibu hungga 2004, kemudian ke KL - saya rasa cukuplah pengalaman yang dilalui. Dan akhir bulan lepas kami kembali ke tanah tumpah darah dan saya ditempatkan di Unit Berita Tv.

Tugasan pertama saya ialah bersama-sama krew membuat X-over dari Tebingan Kuching sempena acara Regata. Saya sempat ambil beberapa shot foto sempena pameran dan jualan untuk kita kongsikan bersama-sama.