Sarawak memang popular dengan kek lapis terutama sekali bila tiba hari raya. Rasanya kita boleh mulakan sekarang membuat koleksi buku dan resipi.
Dalam blog inipun saya akan cuba masukkan satu resipi setiap minggu - saya rancang lakukan pada setiap hari Rabu.
Minggu ini kita mulakan dengan satu resipi yang dipetik daripada buku KEK LAPIS SARAWAK oleh Puan Rabiah Amit. Rabiah adalah seorang business lady yang berjaya. Selain memenangi beberapa pertandingan, hadiah terbesar yang pernah dimenangi Rabiah adalah juara pertandingan masakan sempena tahun Melawat Selangor, 2000.
Rabiah yang 'seronok' bertanding, kini turut menghasilkan beberapa buku resipi KEK LAPIS SARAWAK.
Kita terakan satu resipi saja, daripada bukunya. Yang lain tu, kena belilah bukunya. Saya kira ada di kedai-kedai buku popular.
Selain itu kalau ada cadangan boleh kemukakan juga di laman ini. Atau ada teman yang nak jual buku resipi - saya cukup minat.

KEK LAPIS KEJU
Bahan:
A:
25 biji kuning telur
5 biji putih telur
230 gram gula halus
100 gram tepung hong kong
1 camca ovelette
B:
400 gram mentega
140 gram krim keju (cream cheese spread)
3 camca susu pekat manis
3 camca sirap kencana (golden syrup)
1 camca the garam
Cara:
Pukul bahan A hingga ringan dan kembang. Ketepikan
Pukul bahan B hingga kembang.
Satukan bahan A dan B. Gaul sebati
Sediakan acuan 8.5” x 8.5” x 4”. Ambil satu senduk adunan, tuangkan ke dalam acuan. Ratakan dan bakar atas gril dalam ketuhar dengan suhu 250ºC selama 3 minit.
Masukkan satu senduk lagi adunan dan buat langkah di atas hingga habis.
Biarkan sejuk dan keluarkan daripada acuan. Adunan tadi biasakan akan menghasilkan 8 – 10 lapisan, terpulang kepada saiz senduk yang digunakan.
Selamat mencuba.
Dipetik dari buku: Kek Lapis Sarawak oleh Rabiah Amit, terbitan syarikat penerbitan popular tanah air.
1 komentar:
saya peminat resipi rabiah amit dan telah membeli buku resepinya.sebahagian dari resepinya tidak lengkap seperti saiz loyang digunakan,pembaris saiz apa tidak dinyatakan .itu membuatkan saya tidak berpuas hati.so, lepas ini kalau saya minta dengan jelas resepinya,boleh kan?
Posting Komentar