Rabu, 23 Desember 2009

KEMERIAHAN HUJUNG TAHUN

Assalamualaikum, selamat pagi dan selamat menyambut krismas. Hari ini tentu ramai yang sibuk membuat persiapan - bukan saja untuk krismas tetapi segala persiapan: persekolahan; perpindahan - kerana ada yang akan berpindah tugas bermula 1 Januari 2010. Eh ramai juga yang berpindah kerana mendirikan rumah tangga ..... syukur alhamdullillah.

Sambil-sambil duduk, saya teringat - setiap tiba tahun baru, kita tanam azam. Berapa ramai yang berjaya mencapai cita-cita tersebut?

Tidak adil kalau kita katakan kita tidak mencapai sasaran. Kita telah tetapkan perancangan, kita telah ikut disiplin perlu - cuma mungkin tahap pencapaian saja yang berbeza.

Bagaimanapun setiap hari adalah permulaan yang baik untuk melakukan sesuatu yang baik.

Kalau kita belum puas hati dengan pencapai lalu, kita perlu teliti balik dimana kelemahan yang perlu kita perkuatkan.............

Bagi saya, ketika merancang untuk menyertai kursus menternak ikan keli - saya bertekad mencuba secara kecilan. Saya nak tengok perkembangannya, dan kalau berjaya, bolehlah diteruskan dengan skala besar.

Memang perkembangannya membanggakan - tengok comel-comelnya. Saya mulakan dengan membeli anak keli dengan saiz 2" pada 14 November lalu. Lebih sedikit sebulan - rasa pembesarannya boleh tahan juga.



Selain itu, musim buah-buahan ni, aku tumbang berbangga kerana beberapa batang pokok yang ditanam arwah ayahku di sebidang tanah pemberiannya kepada ku turut menghasilkan buah. Adalah beberapa batang pokok buah-buahan:



Buah dabai. Yang warna ungu kehitaman tu, hampir masak sementara yang putih masih belum sesuai dipetik. Kena tunggu beberapa hari lagi sebelum boleh dipetik.

Buahnya tidak akan gugur seperti buah durian. Dia perlu dipanjat dan dipotong tangkai bagi mendapatkan buahnya, sama seperti buah rambutan. Di dusunku terdapat hanya sebatang pokok dabai, dan syukur kerana berbuah.
Ini pula antara pokok durian yang sedang berbuah. Gembira kerana sekurang-kurangnya ada dusun sendiri yang mengeluarkan hasil


Yang ini pokok belimbing merah.
Ada sesiapa yang tau apa kegunaan lain selain dimakan buah masaknya seperti memakan buah langsat atau rambai. Terdapat 5 - 6 pokok belimbing ini di dusun kami, dan semuanya berbuah lebat. Tak tau nak buah macam mana?

Tidak ada komentar: