Salam sejahtera dan bertemu kembali.
Oh ya rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru hijrah. Semuga kedatangan tahun baru ini akan memberi ruang kepada kita terus berusaha demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Siang malam yang silih berganti, dan kini kita berada di akhir Disember 2009.
Cuti persekolahan dan cuti umum yang berlaku pada 3 Jumaat berturut-turut, menyebabkan ramai kalangan kita merebut kesempatan untuk pulang kampung.
Sebut tentang balik kampung, teringat saya bahawa semasa kedua orang tua saya masih ada, waktu-waktu begini kami akan sama-sama balik kampung, berkumpul bersama-sama, membuat persiapan menyambut Krismas.
Biasanya dua tiga hari sebelum krismas, kami sudah pulang untuk membantu ibu mengemas rumah, membuat persiapan. Biasanya akan termasuk membersihkan pinggan mangkuk dan periok milikku yang kusimpan dan hanya dikeluarkan dua kali setahun iaitu setiap menjelang krismas dan Easter. Lepas perayaan, semuanya akan disimpan kembali ke dalam almari dalam bilikku.
Namun segalanya tinggal kenangan, kerana sejak keduanya meninggal dunia, kami tidak lagi berkumpul di rumah pusaka itu.
Walaupun jarang bertemu muka, namun kami adik beradik tetap saling berhubung.
Saya rasa, konsep 1Malaysia bukan perkara baru dalam keluarga kami. Dalam kalangan keluarga, ada Bidayuh, cina, melayu, melanau, jawa dan india.
Kami akan bercakap dalam bahasa/dialek masing-masing. Ini menambah keunikan hidup harmoni rakyat Malaysia.
Sempena krismas tahun ini, aku merancang nak menziarahi beberapa saudara mara yang lama tak dijenguk. Insyallah kalau ada kesempatan dan cuaca mengizinkan.
Kepada teman-teman yang merayakannya, Selamat Krismas dan semuga bahagia seisi keluarga.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar