Assalamualaikum, selamat memasuki bulan terakhir 2009. Tinggal 30 hari lagi, langsailah 2009 dan kita pasti melangkah ke tahun baru 2010.
Sebut tentang 2010, akhir tahunnya aku dan beberapa teman akan bertukar status jadi YB= Yang Bersara.
Alhamdullillah kerana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dianugerahkan kesihatan. Dapat aku nikmati keindahan dan kebahagiaan hidup.
Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan, lama hidup banyak dirasa.
Dalam browse laman-laman web, cari blogspot. Aku terjumpa satu blogspot yang mengembalikan nostalgia tahun 1970an: kampung serdeng di Bahagian Mukah.
Ini adalah kampung halaman suamiku, Saie Dris, yang telah lama ditinggalkan. Kami hanya pernah ke sana dua kali, iaitu ketika baru mendirikan rumah tangga dan apabila anak sulungnya berumur setahun lebih. Lepas itu kami tidak lagi balik ke kampung kerana kedua orang mertuaku kami ajak ke Kuching.
Saudara yang lain kami jumpa sesekali di Sibu atau Sarikei sahaja, atau sesekali mereka ke Kuching mereka akan singgah dan berambeh di rumah.
Melihat keadaan kampung, daripada empat foto yang di letakkan di sini tidak banyak ubahnya.
http://kampungserdeng.blogspot.com/
Hanya ada sekolah rendah, dan apabila memasuki sekolah menengah, anak-anak muda akan berhijrah ke luar kampung. Sama keadaannya dengan beberapa orang adik iparku, yang akhirnya tidak pulang ke kampung.
Rumputnya pun masih panjang. Justeru pada anggapanku, tidak ramai lagi anak-anak muda di kampung.
Bagaimanapun aku pernah berhasrat untuk menjejaki kaki ke sana lagi. Insyallah kalau diizinkan setahun dua ini, ketika jasad masih sihat, mata masih dapat melihat - insyallah.
Selasa, 01 Desember 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar