Rabu, 11 Juni 2008

BUNGA MUKMIN RATU PARI

Salam untuk teman-teman, selamat atas segala usaha kita semuga beroleh kejayaan dan dirahmati.

Dunia herba semakin popular di kalangan pengguna, baik untuk kesihatan maupun perubatan. Ini disebabkan kebelakangan, kita dapati semakin banyak penyakit 'instant' yang disebabkan pemakanan yang 'instant'. Sebaliknya kita telah banyak membaca dan melihat- bahawa mereka yang menggunakan prosuk asli dari alam lebih sihat dan 'panjang umur'.

Beberapa hari lalu, saya merasa badan saya sakit-sakit. Mungkin masuk angin kerana batuk dan selsema yang agak panjang akibat perubahan cuaca. Saya beritahu menantu saya tentangnya - dia kata cuba minum 'TEH RATU PARI'.

Dengar namapun baru sekali ini, saya kata 'ok'. Ubat atau Jamu? Dia kata 'bukan, dia sejenis bunga yang berasal dari Nepal, bagus untuk mengeluarkan angin dari badan.' Dalam hati saya kata - ok, apa salahnya.

Dia balik dari Johor bawa sebungkus 'Bunga Mukmin Ratu Pari'.
Saya ni, kalau tentang sesuatu yang baru - lebih banyak khuatir daripada yakin. Kekhuatiran itu saya redakan dengan browse internet. Saya carikan 'bunga mukmin ratu pari'. Ada beberapa web mengenianya termasuk http://www.geocities.com/objteam/

Web itu menjelaskan bahawa " Bunga Mukmin juga dipanggil Bunga Ratu Pari tumbuh dikawasan pergunungan Nepal. Ianya telah digunakan sebagai penawar sejak berkurun dahulu. Air dari rendaman bunga ini telah menjadi ratu penawar pada pelbagai penyakit. Harus diingatkan yang Bunga ini bukanlah satu jenis ubat, tetapi lebih merupakan minuman penawar yang boleh diamalkan sebagai satu alternatif kepada ubat-ubatan yang begitu mahal dipasaran dengan pelbagai risiko apabila disediakan secara saintifik dimana kebanyakkannya tidak dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan dan sesetengahnya mengandungi bahan kimia yang membahayakan pengguna. Dengan bunga asli yang memang anugerah dari Allah kita mempunyai keyakinan yang ianya tidak memberi kesan yang tidak baik apabila mengamalkannya InsyaAllah. Bunga Herba Perubatan ini juga dalam nama saintifik dipanggil 'GOSSAMPINUS MALABARICA'.

Teh Ratu Penawar adalah nama yang kita berikan kepada rendaman bunga ini kerana khasiatnya yang begitu ketara kepada pengguna. Begitu ramai yang telah memberi kepujian tentang khasiatnya. Bagi mereka yang tidak berpenyakit menyatakan mereka lebih tenaga dan banyak peluh, begitu juga yang mempunyai penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis, Gaut dan yang mempunyai masalah berat badan telah memperolehi hasilnya. Khasiatnya Membantu membuang toksid dalam badan, membantu memulihkan tenaga, menghilangkan bisa-bisa dalam tubuh dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit seperti sakit urat, lengoh dalam badan, Tenaga batin, memelihara badan selepas penat bekerja, kebas kaki tangan, sakit kepala, pitam, melancarkan pembuangan air kecil, batu karang, gastrik, Demam kuning, wanita lepas bersalin dan BUASIR. Terutama sekali (yang selalu mendapat pujian pengguna) ialah untuk darah tinggi, Kencing Manis, lelah dan Gaut serta memecah lemak dan dapat membantu menguruskan badan bagi mereka yang mempunyai masaalah berat badan. "

Apapun penjelasanya, kalau kita tidak yakin ianya tidak akan memberi hasil yang kita harapkan. Sekarang ni saya cuba amalkan - baru hari kedua. Rasanya macam teh tanpa gula - sebab memangpun tak taruh gula. Kesannya banyak buang air kecil, buang angin dan awal pagi buang air besar. Saya rasa serasi kot. Esok-esok saya akan maklumkan kalau ada perubahan. Yang saya paparkan di atas adalah bunganya yang belum dijemur. Yang kita minum adalah rendaman bunga yang telah dikeringkan seperti yang terpapar sebelah kiri ruang ini.

9 komentar:

HAFIZ AFZAN mengatakan...

saya adalah pengamal minuman rendaman bunga ratu pari, satu ketika dahulu saya pengidap kencing manis dengan catatan 28.5,satu ketika bulan september 2008 saya mendapat kemalangan yang mengakibatkan kaki saya luka di bahagian tulang kering terkoyak hampir separuh dan patah tulang kering. dengan semangat yang ada saya cari perubatan kampung, saya temui BUNGA MUKMIN RATU PARI, saya amalkan minuman rendaman bunga tersebut, luka saya semakin pulih dan dalam tempoh sebulan setengah tulang sudah cantum semula dan saya mula berjalan, selepas 3 bulan saya sudah berjalan seperti biasa. kini saya sihat sepenuhnya, sebelum itu saya ada anak seorang, oleh kerana kencing manis yg saya hadapi selama 5 setengah tahun saya menunggu zuriat berikutnya, pada awal jun 2010 saya mengamalkan semula minuman rendaman bunda ratu pari, Alhamdulilah bersyukur saya ke hadrat ilahi pertengahan julai 2010 isteri saya disahkan mengandung 1 bulan, betapa gembiranya saya hanya Tuhan saja yang tahu, penantian 5 tahun utk zuriat berikutnya telah mendatangkan hasil. terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan khasiat bunga ratu pari. kepada pembaca forum ini saya sarankan jangan takut mencuba, bunga ratu pari anugerah alam untuk kita semua menikmatinya.hubungi saya untuk kongsi pengalaman di 013-7271712 atau myport_station@yahoo.com

raf mengatakan...

Salam kenal,

Promosi ESULIN, formulasi Herba yg dikaji & diuji khusus utk digunakan pesakit diabetes.

jemput ziarah ke ESULIN.biz

putera_putra mengatakan...

salam..sy pengamal dan penjual daun ratu pari dan mukmin..mmg benar bunga ini mendapat pujian bagi penyakit kencing manis,darah tinggi,sengal2 badan..ada pelanggan sy bacaan kening manis dier 28.selepas sbln amal turun kepada 19,skrg stabil x makan ubt hospital dn hanya amal minum daun ni..berminat boleh ke blog sy http://putraecho.blogspot.com/

Aina Nazira mengatakan...

Bunga ratu pari atau bunga mukmin telah terbukti berkesan sebagai perubatan tradisional.
Cara guna pun amat mudah, hanya rendam dan minum airnya sahaja.

Bunga herba perubatan ini telah diamalkan sebagai penawar pelbagai penyakit seperti:
-Mengembalikan tenaga setelah penat bekerja
-Lenguh-lenguh sendi
-Kencing Manis
-Darah Tinggi
-Pulih tenaga batin
-Membakar lemak berlebihan dalam badan (kuruskan badan)

Untuk keterangan lanjut atau ingin membeli dan memborong Bunga Ratu Pari / Bunga Mukmin, saya cadangkan lawat www.delimajelita.com .

shira090983 mengatakan...

salam...
saya baru saje minum air rendaman bunya mukmin ratu pari ni... erm so far xde pape lagi.. sy minum pagi td,,, so nk tau la, ape cari sebenar nk minum air rendaman ni... blah pagi ker? rendaman tu ni biarkn semlmn ker?berapa kali boleh guna kuntum bunga sy telah drendam?

Anonim mengatakan...

bunga ratu pari tersebut boleh direndam banyak kali selagi air rendaman tidak pudar..setelah air rendaman pudar,bolehlah ditukar dengan bunga yang baru.sebaiknya minum pagi,dan malam atau selepas makan.

MrFocus mengatakan...

Salam..saya baru semalam minum air rendaman bunga Mukmin yg di bagi oleh saudara saya kpd mak saya yg tak sihat demam tak kebah2...mak kata dia dah mula minum 2 hari sudah rase segar katanya...saya pun ambil bunga mukmin ni dan belek2...berbentuk kuntuman bunga kering..saya pun terus ambil dan rendamkan dalam teko kaca...opps basuh dulu dan rendam...biarkan dlm setengah jam saya pun cuba minum segelas dan syorkan kpd anak2 bujang saya... Rasa ok mcm teh cina tawar la ckit...berwarna kekuningan..saya cuba ni pun nak tau resultnya sebab saya selalu rase pening2 kepala...mintak2 mujarab la...

ShahKB mengatakan...


boleh order bunga mukmin murah di sini
http://kolagenlaut.blogspot.com

ShahKB mengatakan...

ORDER BUNGA MUKMIN
1 KILO= RM 45 SHJ (DAUN BUNGA MUKMIN)
100 UNCANG = 1 KILO= RM 80 (SERBUK)
1 KILO = RM 60 (SERBUK)

VISIT http://kolagenlaut.blogspot.com