Saya ingin tahu daripada anda yang mungkin telah melalui pengalaman seperti kawan saya ni.
Dia sepatutnya bersara pada 25 Februari tahun ini, tetapi di dalam kad pengenalan tercatat tarikh dia membuat kad pengenalan berkenaan: 19 Januari 1952 dan dalam sijil kelahiran hanya tercatat tahun iaitu 1952.
Apa yang menjadi persoalan sekarang dia telahpun bercuti sejak 19 Januari kerana rekod perkhidmatan mencatatkan demikian. Awal Mac lalu baru dimaklumkan bahawa mengikut GO dia belum boleh bersara kerana kalau hanya tahun yang tercatatkan dalam sijil kelahiran maka tarikh persaraan pegawai itu ialah pada akhir tahun iaitu 31 Disember.
Dia beritahu bahawa dia sudah menandatangani surat menukarkan tarikh lahir dalam rekod perkhidmatan, namun masih belum mulai bertugas kerana mengikut pegawai itu, dia perlu menunggu surat arahan.
Bagi anda yang pernah melalui pengalaman ini, boleh tak kongsi maklumat apakah yang perlu dilakukan oleh pegawai ini, dan bagaimana tentang ganjaran - atau gaji sepanjang tempoh dia tidak bekerja. Saya kesian kerana dahlah graduiti tak keluar, pencen tak dapat, gajipun tak ada.
Jumat, 25 April 2008
Selasa, 22 April 2008
KEK LAPIS SARAWAK BERCORAK:
KEK LAPIS MOHABATEN
LAPISAN TENGAH:
Bahan-Bahan:
Bahan A:
25 biji kuning telur
4 biji putih telur
125 gram gula halus
125 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovalette
Bahan B:
300 gram mentega
4 sudu besar susu pekat manis
1 camca the serbuk rempah kuih
Warna merah, hijau, kuning, coklat
Cara membuatnya:
Pukul bahan A sampai ringan dan kembang. Ketepikan
Pukul bahan B hingga putih, kemudian satukan dengan adunan A, gaul hingga sebati.
Bahagikan adunan di atas kepada 2-bahagian:
1. Sebagian dibahagi 3- warnakan merah, hijau dan kuning
2. Bahagian kedua di bahagi 2- sebahagian diwarnakan coklat dan sebahagian lagi biarkan dengan warna asal.
Sediakan acuan berukuran 8.5” x 8.5” x 1”. Tuangkan selapis nipis adunan merah ke dalam acuan, ratakan dan bakar dengan api grill bersuhu 250ºC selama 3 minit.
Tuangkan pula adunan kuning di atas adunan merah (sama sukatan dengan adunan merah tadi) ratakan dan bakar selama 3 minit juga. Lepas itu masukkan warna hijau di atas warna kuning, bakar semula. Ulang proses itu sehingga menjadi 9-lapisan.
Dalam acuan lain, sukatan sama: 8.5” x 8.5” x 1” juga, masukkan adunan coklat (sama sukatannya dengan adunan merah/kuning/hijau), bakar dengan api grill bersuhu 250ºC selama 3 minit.
Lepas itu lapiskan dengan warna asal. Bakar selama 3 minit. Ulangi proses coklat/putih sebanyak 9 lapisan juga.
Lepas itu sejukkan ke dua kek. Setelah sejuk, potong kek itu sebagaimana rajah (potong macam piramid). Lapisan merah/kinung/hijau sebanyak 12 keping dan kek lapis coklat/warna asal juga 12 keping.
LAPISAN BAWAH DAN ATAS:
Bahan A:
25 biji kuning telur
4 biji putih telur
125 gram gula halus
125 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovalette
Bahan B:
300 gram mentega
4 sudu besar susu pekat manis
1 camca the serbuk rempah kuih
1 botol jem strawberi (untuk melapis kek)
Pukul bahan A hingga ringan dan kembang.
Pukul bahan B hingga putih dan satukan dengan adunan A, gaul hingga sebati.
Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian iaitu untuk lapisan sebelah bawah dan lapisan sebelah atas.
Sediakan acuan 8.5” x 8.5” x 4”. Tuangkan adunan lapisan bawah, selapis nipis (sama sukatan dengan adunan di atas). Bakar dengan api grill bersuhu 250ºC selama 3 minit.
Buat dalam 6 lapisan atau sehingga adunan itu habis.
CARA MELAPISNYA:
Sapukan jem di atas permukaan kek lapisan bawah. Susun kek lapisan tengah yang telah dipotong seperti piramid (rujuk rajah dan gambar) yang disapukan dengan jem strawberi. Susun begitu sampai habis dan pada setiap potongan hendaklah disapu jem bagi mencantumkannya.
Apabila selesai, tuangkan satu sukatan adunan untuk bahagian atas. Bakar dengan api grill bersuhu 250ºC selama 3 minit. Buat lagi sehingga 6 lapisan atau sehingga adunan itu habis.
Akhir sekali, kalau kek masih kelihatan basah, bakar lagi dalam betuhar bersuhu 180ºC selama 5 minit.
Sekian dan selamat mencuba.
Dipetik dari buku KEK LAPIS SARAWAK 1 oleh Rabiah Amit
Terbitan Utusan Publications & Distributors sdn bhd.
Kek lapis bercorak memang cerewet membuatnya tetapi kita akan merasa cukup puas hati melhiat hasilnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Panduan:
1. Sukatan adunan bagi setiap lapis lazimnya 1 senduk. Dan pastikan senduk dengan saiz yang sama digunakan bagi sukatan lapisan seterusnya. Ini bagi memastikan semua lapisan nampak seragam tebalnya.
2. Jem bagi melapis kek boleh ditukar kepada jem perasa lain. Tujuannya adalah untuk mencantum kek agar tidak pecah bila dipotong.
3. Masa membakar kek dan suhu ketuhar hendaklah dipatuhi kerana kalau terlalu lama atau terlalu panas, kek mudah terbakar dan kelihatan hitam serta rasanya pun pahit.
**********************************************************************Rabiah telah menghasilkan tiga buah buku tentang Kek Lapis Sarawak dan kini berada di pasaran. Rabiah adalah salah seorang pembuat kek lapis yang mahir di Sarawak dan aktif mengadakan demonstrasi membuat kek lapis di seluruh negara.
Selain itu ada beberapa nama lain dan kebanyakan mereka adalah ahli atau bekas ahli Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS). Keknya pun banyak di pasaran sekarang.
Label:
KEK LAPIS MOHABATEN,
KEK LAPIS SARAWAK
Senin, 21 April 2008
BERCUTI DI KUCHING
Hello teman-teman, jumpa kembali. Seminggu lepas saya balik kampung. Al maklum di KL ni merantau meninggalkan anak cucu di Kuching demi rezeki selam, hari ini dan masa depan. Bila ada kesempatan, ada cuti dan rezeki lebih sedikit, kami berdua balik menjenguk mereka .
Minggu lepas, hasrat itu terlaksana. Sambil berjalan, berbual, kami sempat ambil beberapa gambar untuk tatapan kita.
Bandaraya Kuching terkenal dengan kucing, kerana dari haiwan ini juga Kuching mendapat nama. banyak versi sejarah Kuching. Salah satu daripadanya adalah penemui beberapa ekor kucing ketika pembukaan bandar itu.
Justeru kini terdapat beberapa replika yang ditempatkan di kawasan-kawasan strategik yang menjadi tumpuan pelancong.
Ini gambar replika Kucing yang menjadi mercu tanda bandaraya Kuching. Ia terletak di kawasan strategik, di bulatan dekat hotel-hotel lima bintang. Patung itu terletak di tengah-tengah bulatan, dan pada waktu malam dipasang lampu sorot dan air pancut. Cantik.
Yang ini terdapat di water front Kuching. Water front tu asalnya tebing Sungai Sarawak sebelah bandaraya. Di stu terdapat beberapa
pangkalan tempat Pak Tambang mengambil dan memunggah barang dan penumpang. Kini telah dibina taman indah dengan esplanade sepanjang 900-meter. Selain kawasan pejalan kaki berturap, ia juga disediakan dengan gerai-gerai cenderahati selain tempat-tempat bersejarah, restoren dan cafteria. Terdapat beberapa web dan blog merngenainya. Antaranya:
http://www.kuchingwaterfront.com/
Di sini jugalah terdapat perahu tambang, sejenis pengangkutan bagi penduduk seberang berulang alih sama ada untuk membeli belah atau bekerja di bandaraya Kuching. Bagaimana dengan pembangunan jalan raya dan jembatan, perahu tambang ikini kekal sebagai salah satu tarikan pelancong. Tambangnya amat murah - tak sampai harga segelas milo ais. Naik dan nikmati keindahan duduk dalam perahu kecil yang masih dikayuh oleh pak tambang.
Pada musim-musim perayaan, perahu sebegini akan dihias dengan bendara dan gambar bewarna warni. Ada beberapa blog yang menceritakan tentang keindahan Kuching dan perahu tambangnya: http://chen22.blogspot.com/
Pemandangan perahu tambang dari Tebingan Kuching dan satu lagi dari seberang sungai yang menampakkan square tower di Badara Kuching.
Dalam percutian itu kami juga sempat ke Serikin. Bukan apa, selalunya orang tempatan tidak begitu ghairah ke sana tetapi tanya pengunjung dari luar Sarawak, rata-rata sudah ke Serikin. Sayapun ajak suami dan anak ke sana - dan apa yang kami dapat? Seorang 'cowboy' tersesat.
Percutian seminggu yang menyeronokkan. Kita dapat berkumpul beramai-ramai, makan, berbincang serta bersiaran. Ia selain menghilangkan rasa rindu kami terhadap anak-anak, ia juga kami jadikan masa bermesra dan berbincang. Almaklumlah anak-anak kami semua lelaki, kecuali seorang perempuan yang sudah berumah tangga.
Cuma kali ini tak sempat pergi jauh kerana ada urusan lain yang perlu kami lakukan. Bagaimanapun sebagai pengerat kasih sayang, ianya cukup berkesan.
Label:
CUTI,
KUCHING WATER FRONT,
PERAHU TAMBANG
Selasa, 15 April 2008
RESIPI 2: BISKUT SWEET HONEY
Teman-teman kalian, minggu lepas dalam ruang ini saya kemukakan Kek Lapis Keju. Reez kata sukar, itu sebenarnya belum sukar lagi Reez, Kek Lapis Bercorak memerlukan usaha setingkat lagi iaitu memotong kek-kek lapis itu dan menyusunnya mengikut corak yang diperlukan. Ada banyak jenis dan corak kek demikian. Kita akan kemukakan dalam pertemuan akan datang.
Minggu ini sebagaimana saya janjikan, setiap Rabu kita kemukakan resipi sebagai koleksi menjelang perayaan. Tidak saja hari Raya tetapi juga untuk majlis-majlis - mungkin juga sebagai salah satu barang hantaran.
Kita buat biskut paling mudah.
BISKUT SWEET HONEY
Bahan-bahan:
2 kotak kecil cornflakes (diramas agar pecah)
500 gm kacang tanah ditumbuk
setengah bungkus bijan (digoreng hingga kuning)
7 sudu madu
250 gram mentega
2 gelas gula pasir
Paper cups yang kecil
Cara membuatnya:
Masakkan mentega hingga kuning, masukkan gula dan kacau hingga cair. Kemudian masukkan madu, kacau lagi. Lepas itu baru masukkan cornflakes, kacang dan bijan. Gaul hingga sebati.
Sudukan ke dalam papercups. Bakar sebentar kira-kria 10 minit. Lepas itu bolehlah dihidang.
Resipi ini antara yang paling mudah. Cuma mungkin perlu sedikit kreativiti. Sesuai untuk minum petang dan sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak. Ia mengandungi cukup zat daripada cornflakes, madu dan kacang serta mentega.
Selaat mencuba.
Minggu depan saya akan paparkan kek lapis bercorak, sebagaimana dinyatakan di atas. Kalau minggu ini kita sediakan resipi paling mudah, minggu depan sedikit rumit tetapi cantik dan berbaloi.
(Mary Hayati)

BISKUT,
RESIPI 2,
SWEET HONEY
Selasa, 08 April 2008
KEK LAPIS SARAWAK
Assalamualaikum teman-teman. Beberapa tahun lalu, saya adalah penerbit rancangan khususnya rancangan wanita di rtm sarawak. Dalam rancangan wanita masa itu, salah satu segmen wajib adalah 'resipi minggu ini'. Selain itu saya juga seorang ahli persatuan wanita yang aktif. Sejak berpuluh tahun saya punyai banyak resipi yang tinggal dalam fail; yang tidak pernah dikongsi dengan teman-teman melain semasa siaran di rtm. So saya berhasrat nak kongsi beberapa dengan teman-teman blog. Jadi kalau nak dapat resipi bagus, rajinlah kunjungi blog ini.
Sarawak memang popular dengan kek lapis terutama sekali bila tiba hari raya. Rasanya kita boleh mulakan sekarang membuat koleksi buku dan resipi.
Dalam blog inipun saya akan cuba masukkan satu resipi setiap minggu - saya rancang lakukan pada setiap hari Rabu.
Minggu ini kita mulakan dengan satu resipi yang dipetik daripada buku KEK LAPIS SARAWAK oleh Puan Rabiah Amit. Rabiah adalah seorang business lady yang berjaya. Selain memenangi beberapa pertandingan, hadiah terbesar yang pernah dimenangi Rabiah adalah juara pertandingan masakan sempena tahun Melawat Selangor, 2000.
Rabiah yang 'seronok' bertanding, kini turut menghasilkan beberapa buku resipi KEK LAPIS SARAWAK.
Kita terakan satu resipi saja, daripada bukunya. Yang lain tu, kena belilah bukunya. Saya kira ada di kedai-kedai buku popular.
Selain itu kalau ada cadangan boleh kemukakan juga di laman ini. Atau ada teman yang nak jual buku resipi - saya cukup minat.
KEK LAPIS KEJU
Bahan:
A:
25 biji kuning telur
5 biji putih telur
230 gram gula halus
100 gram tepung hong kong
1 camca ovelette
B:
400 gram mentega
140 gram krim keju (cream cheese spread)
3 camca susu pekat manis
3 camca sirap kencana (golden syrup)
1 camca the garam
Cara:
Pukul bahan A hingga ringan dan kembang. Ketepikan
Pukul bahan B hingga kembang.
Satukan bahan A dan B. Gaul sebati
Sediakan acuan 8.5” x 8.5” x 4”. Ambil satu senduk adunan, tuangkan ke dalam acuan. Ratakan dan bakar atas gril dalam ketuhar dengan suhu 250ºC selama 3 minit.
Masukkan satu senduk lagi adunan dan buat langkah di atas hingga habis.
Biarkan sejuk dan keluarkan daripada acuan. Adunan tadi biasakan akan menghasilkan 8 – 10 lapisan, terpulang kepada saiz senduk yang digunakan.
Selamat mencuba.
Dipetik dari buku: Kek Lapis Sarawak oleh Rabiah Amit, terbitan syarikat penerbitan popular tanah air.

KEK LAPIS,
RABIAH AMIT,
RESIPI
Minggu, 06 April 2008
PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC
Alhamdullilah - banyaknya buku. Bermacam-macam jenis dipamer dan dijual. Saya sempat beli beberapa naskah. Antaranya 101 Malaysian Anecdotes oleh Salmiah Alias.
Buku ini dihasilkan berdasarkan kepada pengalaman beliau yang dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi/katun dan pengisahannya dalam tulisan tangan. Walaupun saya percaya itu adalah hasil komputer tetapi menerusi kaedah 'handwriting'. Menarik untuk bacaan masa lapang terutama cerita-cerita masa kecil, kisah di kampung, serta cerita apa saja yang beliau anggap menarik. Sebenarnya banyak persamaan dalam kehidupan ini dan kalau ditulis dan dikongsi bersama-sama kita dapat lihat persamaan itu. Lagi tentang peristiwa selepas berkahwin, catatan daripada anak-anak, serta cerita tempat-tempat menarik di luar negara yang pernah dilawati.
Saya ingin kongsi satu artikel dalam buku itu yang saya rasa cukup menarik iaitu tentang hadiah sambutan Hari Ibu. Artikel tu macam ini dan kandungannya seperti berikut:
"Husna, my youngest, was six years old and had shown to be more mature than her age. On Mother's Day, she brought home a card, which she had laboriously crafted at her kindergarten. After I read the card and thanked her for it, she said, "Mummy, I want to take you out to dinner but I do not know how. Will you take me out to dinner instead?" I laughed and nodded my agreement, thinking it's the thought that matters.
Of course dia menulis dalam bahasa Inggeris - simple English yang saya kira anda yang mempunyai basic english pun boleh faham. Tapi kalau tak faham kamus kan ada. Boleh juga tambah perbendaharaan kata. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai penulis ini, boleh browse webnya http://tepaksirehmakteh.blogspot.com/.
Saya juga sempat bergambar dengannya:
(Mary Hayati)
Label:
anecdotes,
pesta buku,
salmiah
JUMPA TEMAN LAMA - NAWAWI
Teman-teman Bcomm2000-2004, dalam pencarian teman-teman lama, saya temui Saudara Nawawi Mahjin dari Limbang Sarawak. Kawan sekuliah kita tetapi oleh kerana tak pernah bersua muka semasa pengajian maka kita kurang kenal antara satu sama lain. Bagaimanapun setelah tamat pengajian, dia berjaya dalam dunia dia. Kalau nak berbincang dengannya, boleh kunjungi blognya menerusi http://iwanmewah.blogspot.com/dan di yahoo: http://www.mybloglog.com/buzz/members/iwan5353/ Gambarnya juga saya masukkan di sini, kerana mungkin kita pernah menemuinya ketika konvo tetapi tak perasan, maklumlah masa tu ramai graduan. Teman-teman di Sarawak, bolehlah kontek kalau nak menebar sayap untuk terbang lebih tinggi.
Label:
IWAN5353,
IWANMEWAH,
NAWAWI.LIMBANG
Selasa, 01 April 2008
ORKID
Koleksi gambar orkid nan berkembangan di Taman Orkid KL.
Tiada kata untuk menggambarkan betapa indahnya ciptaan Tuhan. Biarlah kelopak, daun, warna mengukirkan madah bagi ciptaan itu.
Label:
ORKID,
TAMAN ORKID KL
BINTULU BANDAR INDAH
Semalam kuterima beberapa keping gambar pemandangan indah Bandar Bintulu. Sebuah bandar yang kaya dengan sumber asli dan menyumbang kepada pendapatan negara.
Lama tak kujengah bandar indah itu. Kenangan manis ketika bersama rombongan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak PPWS beberapa tahun silam kembali terukir bila tersebut nama-nama tempat itu. Biarpun begitu Rabiah Arabi teman sekuliahku semasa di UPM sentiasa memberikan info perkembangan kawasan itu. Terima kasih Ruby. Dan di sini kupaparkan beberapa gambar indah itu untuk dikongsi bersama-sama teman-teman yang berkunjung ke sini. Biar perpaduan kita sehijau taman ini:

Water front kala siang dan malam.
Label:
BINTULU,
WATER FRONT
Langganan:
Postingan (Atom)