Rabu, 26 Maret 2008

BANDAR SERIAN, SARAWAK - LAMBANG DURIAN



Durian menjadi lambang dan mercu tanda Bandar Serian, daerah yang terletak kira 60 kilometer dari Bandaraya Kuching. Pemilihan Durian adalah kerana serian merupakan daerah pengeluaran buah durian jenis terbaik di Sarawak. Pabila tiba musim buah, serian menjadi 'syurga' durian.

Selain durian, Bandar Serian juga popular dengan tempat-tempat menarik. Antaranya Taman Rekreasi Ranchan yang terletak 5 kilometer dari Bandar Serian. Taman dengan air terjun dari gunung, mengalir di celah-celah batu batan - sejuk dan menyegarkan.

1 komentar:

Penabahari mengatakan...

Serian merupakan daerah yang sering saya kunjungi ketika bertugas sekitar tahun 80an. Kenangan manis di kampung Pichin,Bunan Gega, Tangga, Mujat dan banyak lagi kampung yang sepi dan indah itu terus kekal di dalam nubari saya. Selamata datang ke dunia blogging buat Puan Mary.