Jumat, 03 Juli 2009

Assalamualaikum. Hari berlari, minggu bertemu minggu hingga kini kita sudah berada pada bulan Julai - bulan ke 7 2009.

Implikasinya - usia kita bertambah, pengalaman semakin banyak, teman-teman berganda angka - mungkin bilangan keluarga juga bertambah - syukur.

Kali ini saya nak syer pengalaman semasa ke Sarikei baru-baru ini. Walaupun tidak banyak perubahan fizikal di kawasan itu, namun ia tetap kawasan yang indah.















Sarikei terkenal dengan Nenas sebab itu mercu tandanya - buah nenas Sarikei. Ia pusat pentadbiran bahagian berkenaan. Perhubungan dengan kawasan sekitar adalah jalan-raya dan sungai. Perkhidmatan bot ekspress masih popular walaupun penumpangnya agak berkurangan.




















Kunjungan ke Sarikei mengembalikan nostalgia: Buah nanas yang menjadi mercu tanda semakin ramun, bot-bot ekspress masih setia menunggu penumpang yang kian berkurangan.

Selain terkenal dengan nenas, Sarikei memang dikagumi kerana sesar unjur atau udang kering [gambar sebelah] yang didatangkan dari Belawai. Ketekunan mengupas udang, kemudian menyusunkan di atas 'radai' pemanggang, memerlukan kesabaran. Semuanya dilakukan secara manual dan udang hendaklah yang masih segar - sebab itu rasanya manis dan harganya pun boleh tahan.

Memang 'alah membeli memang memakai.' Walaupun harganya mahal namun berbaloi.

Dalam kembara itu kami temui buah seakan kedondong. Mulanya disangka kedondong muda atyau yang masih kecil atau jenis kecil. Bagaimanapun bila ditanya, penjual tu kata 'buah laici'. Hairan juga kerana biasanya buah laici - tidak seperti itu. Bila dikupas, memang isinya macam laici.














Pabila balik ke Kuching, khabarnya buah tu dikenali di kawasan Kuching sebagai 'buah kristal'. Yalah, apapun, isinya boleh dimakan dan sedap.

Mungkin itu juga kemajuan dan pembangunan. Yang dulu tak ada, sekarang dah ada. Cuma jangan sampai, dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

Sedikit rakaman perjalanan yang boleh dikongsi bersama.

Tidak ada komentar: