Alhamdullillah berkesempatan bertemu lagi.
Semingguan sibuk dengan tugas - maklumlah bermacam perayaan - Gawainya, kedatangan pembesar negara - semuanya mengundang komitmen. Alhamdullillah bila selesai, adalah sedikit waktu untuk santai.
Dalam kembara beberapa hari ke Sibu, banyak perubahan yang dilihat. Sibu kami tinggalkan 5 tahun lalu setelah berkhidmat lebih 4-tahun di sana.
Bila kembali ke sana, memang banyak perubahan. Bangunan semakin banyak yang baru - sudah banyak supermarket, malah Hospital Law King Howe di Sibu, tinggal tapak saja lagi.
Malah dulu, di kawasan pintu gerbang SIBU, hanya ada tugu, tetapi sekarang sudah ada ANGSA BESAR menunggu dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Di sekelilinyg pula terdapat patung 12-haiwan yang menjadi lambang 12 tahun dalam kalendar cina. Cuma tak semua 12 saya ambil - kalau nak tengok, kena pergi ke Sibu.
Oh ya, bagi anda di sekitar Kuching, jangan lupa esok dijemput ramai-ramai kita ke DBP kerana ada bimbingan penulisan Biografi, projek bersama Biro Pendidikan Majlis Islam Sarawak.
Beberapa penulis yang berjaya akan memberikan bimbingan. Turut hadir Datuk hajah Sarbanun Marikan. Kita berharap untuk mendengar cerita daripadanya. Datanglah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar