Minggu, 24 Februari 2008

CENDOL LEMAN DAWI




'Jauh perjalanan luas pemandangan, lama hidup banyak yang dirasa."

Semalam kami ke Rembau N9 untuk merealisasikan ungkapan di atas.

Sebenarnya ada jemputan kenduri kahwin di Rembau. Anak saudara kahwin dengan orang N9, jadi yang kahwin semalam tu sepupu isterinya.

Apa yang amat menarik dalam perjalanan tersebut ialah persinggahan kami di gerai CENDOL LEMAN DAWI. Menurut menantu saya, gerai tu asalnya sebuah pondok kecil di tepi jalan yang ramai orang tak perasan melainkan orang yang kenal Pak Leman serta yang pernah singgah dan merasai keenakan cendolnya.

Kami singgah betul-betul waktu tengah haus - tengahari. Walaupun dah makan di tempat kenduri namun lambaian 'Cendol" itu menyebabkan kami singgah.

Semangkuk cendol berharga seringgit limapuluh sen. Ada beberapa pilihan - cendol pulut, cendol kacang, cendol biasa. Cuma Cendol Jagung berharga dua ringgit semangkuk. Tetapi yang amat menarik di atas setiap meja ada bekas yang berisi cendol. Saya tanya kepada menantu saya, tujuan cendol di atas meja itu. Katanya cendol berkenaan adalah sebagai tambahan kepada semangkuk yang kita beli. Maksudnya di gerai Pak Leman kalau kita beli semangkuk cendol, kita boleh tambah dan makan seberapa banyak yang kita mampu .

Di atas meja tu ada cendol tambahan, ada bekas air batu dan air gula . Fikirkan lah - beli semangkuk (RM1.50) kemudian makanlah sebanyak mana pun - percuma. Anihkan? Bukan ramai orang yang nak beri sesuatu secara percuma.

Menurut menantu saya itu, Pak Leman adalah pesara askar, buka gerai cendol di satu kawasan yang mungkin pernah nak dijadikan kawasan R&R tetapi tak menjadi. Namun atas usaha gigih, perusahaan kecilnya berkembang dan di kawasan gerai berpetak itulah tersusunnya meja -meja pelanggan Pak Leman. Kalaulah cendolnya sekadar cendol biasa-biasa, orang tidak akan singgah. Tetapi semalam, saya nampak ada beberapa kereta dengan plet Singapura dan Terengganu juga singgah menikmati keenakan cendol pak leman. So memang sedap.

Selain yang kami beli untuk dimakan di gerai berkenaan, kami juga beli tiga bungkus masing-masing untuk dibawa pulang.

Nak cuba, singgahlah. Dalam perjalanan ke Rembau dari KL atau Seremban. Tak tau pulak kalau ada jalan lain, tetapi itulah jalan yang menantu saya bawa. (Saya orang Sarawak merantau ke sini kerana tugas. )
Buah pauh si jambu batu
Ketiga dengan buah delima
Perjalanan nan jauh beribu batu
asal bermula langkah pertama

1 komentar:

Anonim mengatakan...

kak, dah cuba cendol limbang??? location - Emart Matang