Selasa, 25 November 2008

SEPASANG ENGGANG DI BANDARAN



Salam sejahtera dan selamat bertemu lagi.

Beberapa minggu lalu, bagi menghabiskan cuti hujung minggu kami memandu keluar bandaraya Kuching. Kami ke Pedawan - tengok pembangunan dan kemajuan yang telah dan sedang berlaku. Aku kagum dengan pembangunan di beberapa kawasan yang dulunya semak samun, jauh dari hiruk pikuk kota raya.

10 tahun lalu, jalan itulah yang kulalui untuk ke Sibu, bila kami berpindah tugas ke sana. Setahun sekurang-kurangnya 10 berulang-alih dengan jalan raya yang bengkang bengkok, berlubang-lubang dan berbatu kelikir. Tetapi tempoh itu berlaku perubahan.

Ada bahagian diturap, ada bahagian dilebarkan dan ada bahagian distruktur semula. Kami lihat perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan itu.

5-tahun lepas kami berpindah ke KL. Jalan itu sudah tidak dilalui lagi, kerana tiada keperluan untuk menyusurinya. Dan minggu lepas rasa teringin menyusurinya kembali. Banyak sungguh perubahannya: bagaikan kanak-kanak yang ditinggalkan 7-8 tahun, berubah. Kalau anak perempuan, tentunya sudah anak dara, cantik dan ayu atau kalau anak lelaki semakin hansom.


Sepanjang jalan sudah ada deretan kedai-kedai baru. Sudah ada super market, sudah ada bangunan bertingkat-tingkat. Jalanrayapun sudah dilebarkan dan kenderaan semakin banyak.

Kami ke Pedawan, singgah ke beberapa kedai jual-murah. Sengaja nak tengok, mana tau ada sesuatu yang istimewa yang ditemui.

Tiba di bulatan menuju Puncak Borneo, mataku terpandang sepasang enggang yang bertenggek sambil merenung jauh.



Apakah enggang itu sesat hingga tak tahu jalan pulang, atau terpinga ia memandang perubahan Pekan Pedawan. Namun apa yang pasti ENGGANG itu lambang Sarawak yang pernah dikenali sebagai Bumi Kenyalang .

Minggu, 09 November 2008

Selamat bertemu kembali

SALAM BUAT TEMAN-TEMAN

Assalamualaikum, selamat bertemu kembali. Maaf kerana hanya singgah sekali sekala. Bukan kerana terlupa tetapi beban kerja.

Jumaat lalu kami sibuk kerana anak buah bertunang. Buat lipatan dan susun sirih junjung. Walaupun bukanlah mahir sangat tetapi dengan bantuan anak, anak buah dan adik ipar, akhirnya dapat juga dihasilkan beberapa lipatan.

Kami nak paparkan hasilnya, mana tau ada peminat - mungkin boleh tempah.
Sebenarnya saya amat meminati seni halus - sulaman, jahitan, lipatan dan gubahan. Cuma sering kali masa amat terhad untuk saya layani minat itu.
Hasrat bila bersara, boleh saya gunakan waktu terluang untuk kembali bergiat dalam beberapa aktiviti yang digemari - kerja tangan, kembali ke persatuan wanita dan kebajikan. Bagaimanapun untuk sementara waktu - mungkin dalam masa dua tahun lagi - belumlah hasrat itu dapat dilaksanakan.
Saya akan cuba cari waktu, untuk kembali berpersatuan kerana hanya dengan cara itu saya dapat temui kembali peminat saya.
Saya pasti masih ramai kerana sesekali diperkenalkan, masih tampak wajah ceria mereka yang pernah mengenali.
Saya rindu untuk bertemu kalian, Insyallah panjang umur, dimurahkan rezeki, kita kan bertemu kembali.










Rabu, 22 Oktober 2008

Apa Khabar kalian?

Sudah sekian lama kita tidak bertemu di sini. Ini disebabkan kesibukan bekerja di arena baru - berita Tv. Dulu sejak menceburi diri dalam bidang penyiaran, saya bertugas di bahagian Rancangan: terbit majalah, rencana, drama, jadi DJ, baca berita dan sering juga muncul sebagai pengacara.

Bila ke Sibu pada tahun 1999, saya buat admin sebagai Ketua Bahagian Rancangan. Kawasan liputan dari Sibu, Kapit, Sarikei dan Mukah. Jadi selalulah berulang alik ke kawasan-kawasan berkenaan, selain berazam menamatkan pengajian Sarjana Muda Komunikasi dengan UPM menerusi pengajian jarak jauh On Line.

Banyak pengalaman manis dan sukar selama 4 tahun di Sibu. Manis kerana bertemu teman-teman baru yang banyak membantu saya dalam melaksanakan tugas. Sukar kerana belajar sambil bekerja dan tinggal jauh dari pusat pengajian. Tapi syukur kerana di Sibu hanya kami berempat: 2 On line dan 2 lagi konvensional. So kami berkongsi bahan pembelajaran dan hadir kuliah bersama-sama.

Kemudian pertengahan 2004, saya berpindah ke KL. Dari admin saya ditugaskan ke bahagian Berita Radio. Ok satu cabaran baru yang perlu ditempuhi. Lagipun teman-teman banyak membantu. Mereka bimbing dan kami banyak berbincang bagi menyelesaikan masalah harian.

Kemudian Ogos lepas, saya kembali ke Kuching - di tempatkan pula di Unit Berita TV. Kalau di KL saya di berita radio sebagai sub-editor, di Kuching jadi editor berita TV.

Saya rasa cabarannya cukup besar dan hebat. Namun kesukaran yang ditempuhi itu menyebabkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perkhidmatan dengan rtm.

Saya masih punyai 2-tahun perkhidmatan. Entah apa lagi yang akan berlaku. Kita sama-sama pasrah dan terima cabaran itu dengan tangan terbuka.

Laut : kalau tak bergelora masakan ada ombak, bakat dan gelombang;
Darat: Kalau tak ada bukit, lurah dan curam tentu tidak menarik dan menawan;
Langit: Kalau sentiasa cerah tentu tidak ada pelangi, tidak ada awam dan mega bewarna warni

Namun kelainan itu mengindahan suasana.

Justeru terimalah perubahan dan cabaran. Hadapi ia dan yakinilah bahawa setiap kesukaran itu ada cara menyelesaikannya.

Kepada yang sering berkunjung ke sini, mungkin selepas ini, saya akan selalu ke sini. Paling tidak mencatatkan pengalaman harian untuk kita kongsikan bersama-sama.

Senin, 25 Agustus 2008

SELAMAT HARI WANITA






Assalamualaikum. Siang malam silih berganti sehingga aku terlupa rupanya hari ini HARI WANITA MALAYSIA. Kepada kalian wanita, marilah sama kita kukuhkan iltizam demi kejayaan. Koleksi jambangan mawar untuk kita.


BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum selamat malam. Setelah 3-minggu menyepi, sekarang aku hadir lagi di sini. Hilang bukan sebarang hilang, hilang kerana menemui orang baru.

Sebenarnya sejak kembali ke tanah air, banyak perkara yang perlu dibereskan. Antaranya mengemas rumah, selain kerja. Lepas tu bila kontena datang, selongkar barang-barang, susun dan kemas.

Pada 16 Ogos, aku dikurniakan cucu baru - seorang puteri, seayu kedua kakaknya. Alhamdullillah semuanya selamat. Sibuk mengemas belum selesai, tiba pula orang baru - tambah sibuk neneknya. Namun segalanya adalah KURNIA dan ANUGERAH yang datang bergolek.


Wajah comelnya seorang puteri.

Senin, 04 Agustus 2008

SEJAUH MANA SELUANG MELAUT, ................



Assalamulaikum, alhamdullillah setelah sekian lama merantau akhirnya pada 30 Julai, 2008 kami kembali ke kampung halaman.

Kini kami berada di Kuching - untuk bersama-sama dengan anak dan cucu. Alhamdullillah. Tiada kata yang dapat menggambarkan suasana dan situasi itu.

Walaupun saya tidak menafikan bahawa berada di tempat baru, banyak pengalaman baru yang diperolah, banyak teman baru yang ditemui dan dikenali - namun hati kecil ini tetap rindukan gelak tawa dan manja anak-anak dan cucu.

10 tahun saya merantau, sejak 1999 ke Sibu hungga 2004, kemudian ke KL - saya rasa cukuplah pengalaman yang dilalui. Dan akhir bulan lepas kami kembali ke tanah tumpah darah dan saya ditempatkan di Unit Berita Tv.

Tugasan pertama saya ialah bersama-sama krew membuat X-over dari Tebingan Kuching sempena acara Regata. Saya sempat ambil beberapa shot foto sempena pameran dan jualan untuk kita kongsikan bersama-sama.









Jumat, 11 Juli 2008

SALAM CERIA & 'BERTENAGA'

Assalamualaikum, selamat pagi. Terima kasih kerana saya tau teman-teman masih berkunjung ke sini walaupun lama tak paparkan ceritera baru.


Sebenarnya kami sekeluarga sedang membina episod baru dalam jalan cerita hidup kami. Dan kami mau anda menjadi sebahagian watak penting dalam paparan itu.


Begini, kami sekeluarga sedang mengikuti latihan 'buat business'. Dulu memang ramai yang mengajak buat business, tetapi sebgai pegawai kerajaan, dalam bidang media - kami tidak punya masa untuk business. Sekarang setelah suami saya bersara dan anak-anak sudah berdikari- kami punya sedikit masa untuk memikirkan masa depan - menceriakan masa depan.


Sekarang ni sedang mengikuti beberapa kursus persediaan. Kami nak jadi businessman yang berjaya menerusi 'HERBALIFE' sejenis makanan tambahan yang amat sesuai
untuk mengekalkan kesihatan. Kami tengok orang berjaya
'membaiki' kesihatan dengan produk itu. Beberapa minggu
lalu kami hadiri eramah,
jumpa mereka yang berjaya membina kerjaya -WOW selain bertambah sihat, pendapatanpun bertambah. Penceramahnya pun dalam kalangan orang yang berjaya - so kalau orang lain boleh berjaya, apa kurangnya kita. Yang hadir, bukan saja dalam kalangan mereka yang bekerja, malah beberapa students sepenuh masa yang turut berjaya dalam perniagaan tersebut. Saya kagum sungguh. Dan itu yang menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha.

Kami nak ajak anda sertai kami - kita dengar ceramah dulu, kemudian cuba produknya. Kalau yakin - boleh join kami. Saya percaya anda akan teruja dengan produk tersebut.


Nak tau lebih lanjut mengenainya boleh hubungi menerusi SMS - 016 8890236 atau suami saya, Saie Dris 013 8061506. Kita boleh dengar ceramah mengenai produk itu, kemudian terpulang kepada anda untuk mencubanya.