Selasa, 25 November 2008

SEPASANG ENGGANG DI BANDARAN



Salam sejahtera dan selamat bertemu lagi.

Beberapa minggu lalu, bagi menghabiskan cuti hujung minggu kami memandu keluar bandaraya Kuching. Kami ke Pedawan - tengok pembangunan dan kemajuan yang telah dan sedang berlaku. Aku kagum dengan pembangunan di beberapa kawasan yang dulunya semak samun, jauh dari hiruk pikuk kota raya.

10 tahun lalu, jalan itulah yang kulalui untuk ke Sibu, bila kami berpindah tugas ke sana. Setahun sekurang-kurangnya 10 berulang-alih dengan jalan raya yang bengkang bengkok, berlubang-lubang dan berbatu kelikir. Tetapi tempoh itu berlaku perubahan.

Ada bahagian diturap, ada bahagian dilebarkan dan ada bahagian distruktur semula. Kami lihat perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan itu.

5-tahun lepas kami berpindah ke KL. Jalan itu sudah tidak dilalui lagi, kerana tiada keperluan untuk menyusurinya. Dan minggu lepas rasa teringin menyusurinya kembali. Banyak sungguh perubahannya: bagaikan kanak-kanak yang ditinggalkan 7-8 tahun, berubah. Kalau anak perempuan, tentunya sudah anak dara, cantik dan ayu atau kalau anak lelaki semakin hansom.


Sepanjang jalan sudah ada deretan kedai-kedai baru. Sudah ada super market, sudah ada bangunan bertingkat-tingkat. Jalanrayapun sudah dilebarkan dan kenderaan semakin banyak.

Kami ke Pedawan, singgah ke beberapa kedai jual-murah. Sengaja nak tengok, mana tau ada sesuatu yang istimewa yang ditemui.

Tiba di bulatan menuju Puncak Borneo, mataku terpandang sepasang enggang yang bertenggek sambil merenung jauh.



Apakah enggang itu sesat hingga tak tahu jalan pulang, atau terpinga ia memandang perubahan Pekan Pedawan. Namun apa yang pasti ENGGANG itu lambang Sarawak yang pernah dikenali sebagai Bumi Kenyalang .

Tidak ada komentar: