Kamis, 21 Januari 2010

KAYAP

Subhanallah..... sudah selanjut ini usiaku, baru dicubit 'kayap'. Sebelum ni ku dengar saja berita tentang kepedihan terkena kayap.

Sudah seminggu tetapi pedihnya masih terasa. Tambah pedih kerana ia terjadi betul-betul di pinggang. Apabila tergesel, adui sakitnya.

Tapi ....................

kan itu cuma sakit sedikit bagi menguji ketabahan kita menghadapi dugaan. Kuat tidak kita, tabah tidak kita dan mengeluh tidak kita menghadapi dugaan itu.

Justeru dalam duduk-duduk menahan sakit, teringat aku tentang perebutan. Rebut 5-perkara sebelum datang 5-perkara:

Rebut masa senang sebelum datang masa susah;
Rebut masa lapang sebelum datang masa sibuk,
Rebut masa muda sebelum datang masa tua;
Rebut masa sihat sebelum datang masa sakit dan
Rebut masa hidup sebelum datang kematian.

Subhanallah ............

Senin, 18 Januari 2010

KU KUNJUNGI BANDARMU - MIRI

Minggu lepas aku berkunjung ke Miri, saja-saja nak melawat Bandar Minyak dengan lambang 'Kuda Laut - Sea Horse' itu.

[Pemandangan dari hotel penginapan kami]


Kami bertolak pada petang 11 Januari, dengan Air Asia. Penerbangan ke Miri hanya sekali sehari, iaitu 6.30 petang ke Miri.

Kami sampai hari dah gelap - maklumlah musim hujan ditambah pula di Miri lebih awal gelap berbanding Kuching atau KL/Semenanjung.

Keadaan malam tiada hujan walaupun semasa bertolak, awan hitam kelihatan amat pekat. malah ketika dalam penerbangan dimaklumkan bahawa cuaca kurang baik, semua penumpang diminta berada di tempat duduk dan menggunkan tali pinggang keledar.

Seluruh perjalanan - ok.


Semasa di Miri hingga 14 Januari, hujan setiap hari. Jadi kami duduk dalam hotellah.


[Mercu Tanda bandaraya Miri - kuda laut / sea horses]


Namun sebenarnya aku ada tugas di Miri - ada urusan yang perlu diselesaikan. Nasib baik hujan, kalau tidak tentu jauh merayau - itupun bila dah penat, merayaulah juga.

Thanks kepada Marian yang sempat membawa kami merayau sebentar waktu lunch.


Kami dibawa melawat City Fan, ronda-ronda city dan cepat baik kerana dia ada assignment jam 2.30 petang.


Cukuplah sedikit itu, kerana esok-esok boleh datang lagi. Sebahagian kenangan itu ku rakamkan tapi kerana hujan ku beli beberapa poskad di airport.

[Bandaraya Miri waktu pagi berkabus]


KELEBIHAN SURAH AL IKHLAS [QOL HU ALLAH]

Assalamualaikum, salam satu Malaysia.

Semasa browse emel saya teringat kiriman Cikgu Siah dari Sibu. Terima kasih cikgu ...... dikirimnya artikel 'Kelebihan Surah Al Ikhlas' dan saya terpanggil untuk berkongsi dengan kalian.

Semuga mendapat rahmat. Kalau yakin, insyallah berhasil.

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja, Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:


1) Sedekah/amal jariahnya,
2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. …

Wallahu a’lam "

CEPATNYA HARI BERLARI ........

Salam untuk semua teman-teman, selamat tahun baharu 2 0 1 0. Angka itu menghampirkan kita dengan 2020, tinggal genap 10 tahun. Apakah akan berjaya harapan itu? ....... menjadi negara maju dalam segala hal........

Jawapannya ada kita setiap orang daripada kita. Setiap orang - kita punya peranan masing-masingnya. Meskipun kita umpama sebutir pasir, kita punya peranan besar menyempurnakan misi itu.

Sebenarnya tahun ini juga adalah tahun persaraan bagi ramai orang - mungkin bukan di jabatan anda tetapi di RTM agak ramai. Semua yang seangkatan: Hashim Lazem, Jeniffer Lau, Faridah Hj Lampam, dan beberapa orang lagi termasuk saya.

Dan seingat saya semasa krisis sekumpulan kaitangan yang tidak layak menduduki peperiksaan kenaikan pangkat kerana melewati usia 50 tahun, ramai yang merungut. Pastinya dalam kalangan itu, sebahagiannya seangkatan kami.

Justeru tahun ini merupakan tahun persediaan fizikal dan mental bagi menghadapi alam persaraan. Bagaimanapun rasanya pasti tidak banyak beza, kalau kita ada perancangan.

Yang payahnya bila tidak ada rancangan 'nak jadi apa, nak buat apa?'.

Kalau anda seangkatan kami - jom cerita-cerita apa kita nak buat?