Rabu, 22 Oktober 2008

Apa Khabar kalian?

Sudah sekian lama kita tidak bertemu di sini. Ini disebabkan kesibukan bekerja di arena baru - berita Tv. Dulu sejak menceburi diri dalam bidang penyiaran, saya bertugas di bahagian Rancangan: terbit majalah, rencana, drama, jadi DJ, baca berita dan sering juga muncul sebagai pengacara.

Bila ke Sibu pada tahun 1999, saya buat admin sebagai Ketua Bahagian Rancangan. Kawasan liputan dari Sibu, Kapit, Sarikei dan Mukah. Jadi selalulah berulang alik ke kawasan-kawasan berkenaan, selain berazam menamatkan pengajian Sarjana Muda Komunikasi dengan UPM menerusi pengajian jarak jauh On Line.

Banyak pengalaman manis dan sukar selama 4 tahun di Sibu. Manis kerana bertemu teman-teman baru yang banyak membantu saya dalam melaksanakan tugas. Sukar kerana belajar sambil bekerja dan tinggal jauh dari pusat pengajian. Tapi syukur kerana di Sibu hanya kami berempat: 2 On line dan 2 lagi konvensional. So kami berkongsi bahan pembelajaran dan hadir kuliah bersama-sama.

Kemudian pertengahan 2004, saya berpindah ke KL. Dari admin saya ditugaskan ke bahagian Berita Radio. Ok satu cabaran baru yang perlu ditempuhi. Lagipun teman-teman banyak membantu. Mereka bimbing dan kami banyak berbincang bagi menyelesaikan masalah harian.

Kemudian Ogos lepas, saya kembali ke Kuching - di tempatkan pula di Unit Berita TV. Kalau di KL saya di berita radio sebagai sub-editor, di Kuching jadi editor berita TV.

Saya rasa cabarannya cukup besar dan hebat. Namun kesukaran yang ditempuhi itu menyebabkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perkhidmatan dengan rtm.

Saya masih punyai 2-tahun perkhidmatan. Entah apa lagi yang akan berlaku. Kita sama-sama pasrah dan terima cabaran itu dengan tangan terbuka.

Laut : kalau tak bergelora masakan ada ombak, bakat dan gelombang;
Darat: Kalau tak ada bukit, lurah dan curam tentu tidak menarik dan menawan;
Langit: Kalau sentiasa cerah tentu tidak ada pelangi, tidak ada awam dan mega bewarna warni

Namun kelainan itu mengindahan suasana.

Justeru terimalah perubahan dan cabaran. Hadapi ia dan yakinilah bahawa setiap kesukaran itu ada cara menyelesaikannya.

Kepada yang sering berkunjung ke sini, mungkin selepas ini, saya akan selalu ke sini. Paling tidak mencatatkan pengalaman harian untuk kita kongsikan bersama-sama.

1 komentar:

Kraf Sarawak mengatakan...

ada lagu pak tambang nok lamak ka?
nok slalu di main rah radio pagi2 zaman mek kecik dolok..lamak xdgr lagu ya
mek nk engkah lagu rah blog, k dgr maklum diam jaoh dr srawak